a little bit about SMK KG JAMBU

Sekolah Menengah Kampung Jambu Taiping telah mula beroperasi pada Januari 2001. Pada mulanya sekolah ini telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu, Taiping kerana bangunan barunya belum siap. Bilangan pelajar yang mendaftar berjumlah 217 orang di mana semuanya terdiri daripada pelajar tingkatan 1 . Pelajar-pelajar ini datangnya daripada sekolah-sekolah berhampiran seperti SRK KE VII, SKT, SK Seri Aman, SK Sultan Yusof dan pelajar-pelajar peralihan daripada SMK Darul Ridwan dan SMK Sri Kota. Pelajar-pelajar ini diagihkan kepada 7 buah kelas iaitu Angsana, 1 Beringin, 1 Cengal, 1 Jati, 1 Kemuning, 1 Meranti dan 1 Tempinis. Seramai 17 orag guru dan 6 orang staf sokongan telah bertugas pada peringkat awal penubuhan sekolah ini. Pada Jun 2001, sekolah ini telah mula beroperasi di bangunannya sendiri di Jalan Convent, Taiping. Pengetua pertama ialah Tn. Haji Abdullah Bin Haji Hashim. Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan yang terdiri daripada dua blok bangunan kelas dan pentadbiran yang terdiri daripada 24 kelas, pejabat, bilik guru, bilik gerakan, dewan, pusat sumber, bilik muzik, koperasi, surau, bilik geografi dan bilik sejarah. Satu blok bangunan makmal yang terdiri daripada 3 makmal sains teras, 3 makmal sains tulen, satu makmal kejuruteraan dan satu makmal computer. Satu blok bangunan Teknik dan Vokasional yang terdiri daripada 3 makmal kemahiran hidup, 2 makmal ekonomi rumah tangga, bilik seni dan makmal lukisan kejuruteraan. Staf-staf sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum dan mempunyai pelbagai kaum dan mempunyai kepakaran di dalam bidang masing-masing. Dengan kepakaran sedia ada serta kreativiti dan komitmen terhadap kerja, perancangan yang jitu dan strategic serta kerjasama dari semua pihak, maka diharapkan sekolah dapat dimajukan menjadi SEKOLAH CEMERLANG di dalam beberapa tahun lagi, sekiranya seluruh pihak dapat memainkan peranan yang diberikan.